Saturday 31 December 2011

Apa Nak Buat Bila Handphone Masuk Air?

Memang menyakitkan hati dan risau bila 'DARLING' kita rosak atau tak berfungsi dengan baik. Darling yang saya maksudkan adalah Handphone. Zaman sekarang ni boleh dikatakan seorang 1 handphone. Tak kira usia berapa asalkan tahu guna handphone dah boleh pegi kedai beli handphone dari serendah RM80.oo. Itu la zaman teknologi sekarang ni. Untuk entri kali ni bukan saya nak bercerita pasal teknologi ataupun kemampuan kita untuk beli handphone tapi berkaitan tips penjagaan handphone.
Ramai di antara kita hanya tahu guna handphone tetapi pengjagaan handphone belum tentu lagi mahir. Kalau nak diceritakan tentang tips pengjagaan handphone memang banyak. Hari ni saya nak kongsi pengetahuan sikit tentang bagaimana sekiranya handphone kita dimasuki air. Tak kira la handphone jatuh dalam air,anak hisap-hisap handphone,tertumpah air cappucino kat handphone ke atau sewaktu dengannya.


Masih ingat lagi handphone Nokia 3310 yang pernah menjadi trend handphone takde straw antena? Tapi itu 15 tahun lepas. Sekarang dah jadi legend Nokia ni. Zaman Android, Ios dan sebagainya menguasai dunia telekomunikasi. Symbian dah tak zaman kot? Sorry mr.Nokia. KAu tetap legend dihati rakyat Malaysia.
Ok la berbalik kepada topik yang asal. Apa perlu kita buat sekiranya handphone masuk air? Saya pasti ramai yang mengalami masalah ni. Apa yang mereka buat terus ke kedai dan dikenakan bayaran tinggi untuk membaiki handphone tersebut sedangkan kita boleh buat sendiri dirumah.
  1. Matikan ( OFF ) handphone dengan segera.
  2. Cabutkan bateri handphone dan letakkan ditempat kering.
  3. Dapatkan Pemutar Screw ( Screw Driver) di kedai hardware.(Pemutar screw handphone ada pelbagai saiz)
  4. Buka Casing Handphone dengan hati-hati supaya tak merosakkan bahagian dalaman handphone
  5. Keringkan Board handphone menggunakan Hairdryer. ( Jangan terlalu panas ye kang cair pulak)
  6. Pasang semula casing setelah anda pastikan handphone betul-betul sudah kering
  7. Pasang semula bateri dan boleh digunakan seperti sediakala



Sekiranya korang susah untuk mendapatkan Screw Driver untuk handphone, korang boleh cuba keringkan tanpa membuka casing handphone tapi makan masa sikit la. Yang penting sekali bila handphone masuk air, jangan sesekali cuba On phone kita. Pastikan di OFF dahulu dan betul-betul kering baru boleh digunakan semula. Kalau tak paham macam mana nak buat boleh tanya saya. Takde hal. Nantikan tips handphone pada entri seterusnya.

No comments:

Post a Comment