Sunday 27 November 2011

Cara Memohon Akaun Google AdSense

     Hai semua. Hari ni saya nak share sikit ilmu berkaitan dengan Adsense. Banyak rakan-rakan saya cakap nak apply akaun adsense susah sangat. Walapun dah post banyak dekat blog tu tapi masih tak dapat approval dari pakcik GOOGLE. Memang Adsense ni susah nak mohon menggunakan blog kalau tak cukup kuat topik atau penggunaan bahasa melayu dalam blog kita. Jadi hari ini saya akan ajar cara memohon akaun Adsense menggunakan Docstoc.

       Langkah Pertama : Sila layari www.docstoc.com
     Langkah Kedua : klik REGISTER dibahagian atas sebelah kanan.masukkan maklumat yang diminta. Klik butang complete register. Jangan lupa Tick kotak AGREE.

     Langkah Ketiga : Tandakan kotak I'd like to setup an AdSense Account dan masukkan maklumat peribadi dengan lengkap dan betul. Ini kerana pihak Google akan review maklumat anda.Gunakan email yang belum pernah digunakan untuk memohon akaun AdSense. Sila mohon Gmail disini.

     Langkah Keempat : Pihak Google akan hantar email pada alamat email yang digunakan untuk memohon akaun Google Adsense, sila periksa email anda dan klik LINK yang diberikan untuk meneruskan permohonan akaun Adsense anda. Pastikan anda menanda pada kotak Yes,allow DocStoc.com access my account pada DocStoc.

     Pihak Google Adsense akan review dokumen yang telah anda Upload dalam tempoh 3 hari. Saya sarankan anda Sync DocStoc ke Komputer anda untuk memudahkan anda Upload dokumen ke DocStoc. Sila ke butang Home di web Docstoc untuk muat turun Installer Sync.Saya memasukkan dokumen sebanyak 30 artikel untuk tempoh 2 hari dan pada hari ketiga akaun Adsense saya telah pun diluluskan. Anda boleh copy artikel di ezinearticles. Lebih baik tumpukan pada SATU tajuk sahaja.

     Itu sahaja teknik memohon akaun AdSense dari saya. Sebarang persoalan boleh diajukan di ruangan komen. Insyaallah saya akan membantu anda. SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment