Thursday 1 December 2011

Perbezaan Handphone Ap Dengan Original

    Ramai dikalangan kita agak keliru dengan Handphone AP Set dengan Original Set. Ramai pulak yang tak tau tapi tak nak ambil tahu. Hari ni saya nak berkongsi sedikit pengetahuan dengan anda semua mengenai AP set dengan Original set.

     AP set (Authorized Product) adalah Handphone yang sama kualitinya dengan yang original. Ia hanya diedarkan oleh pengedar yang tidak diiktiraf oleh pengeluar-pengeluar handphone seperti Sony Ericsson,Nokia,Samsung dan sebagainya.

     Original Set pula adalah handphone yang diedarkan oleh pengedar yang sah dan diiktiraf oleh pengeluar jenama handphone. Seperti contoh Avaxx (nokia), FMG(Samsung) dan sebagainya.



     Warranty bagi handphone AP adalah 15 Bulan untuk Board,12bulan untuk LCD. Kebiasaannya handphone AP yang rosak akan dibaiki oleh syarikat yang mengeluarkan warranty. Berbeza dengan Original set,kerja baik pulih dilakukan oleh syarikat yang diiktiraf oleh Pengeluar jenama masing-masing. Risiko pembeli AP set adalah komponen yang diganti mungkin tidak original.Bergantung pada nasib.

     Harga pula biasanya AP set akan lebih murah 10% - 30% dari Original set. Jadi anda semua boleh nilai sama ada untuk beli handphone yang original ataupun AP. Apa pun keputusan anda sama ada original atau AP yang penting anda perlu teliti sebelum membeli.

No comments:

Post a Comment