Friday 16 December 2011

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) Kembali Ke Zaman Bodek?

Hai semua, susah jugak nak tulis blog ni sebenarnya. Baru saya rasa kepayahan seorang Fulltime Blogger mencari topik untuk ditulis dalam blog..Fuuuhhh saya puas perah otak nak dapat cerita-cerita yang boleh dikongsi dengan kawan-kawan semua. Fikir punya fikir, guling punya guling pun tak dapat-dapat lagi. Salute pada semua blogger-blogger kat Malaysia. Ok hari ni saya nak cerita sikit pasal Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang tengah hangat dibincangkan baik kakitangan kerajaan,Cuepacs mahupun kakitangan swasta. Apa yang menarik sangat topik ni? Pssst.... dengarnya sistem ni ada unsur-unsur kembali ke zaman bodek membodek nih.heheh

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam @ Kembali Membodek Bos??
Sebenarnya saya tertarik dengan topik satunya sebab ramai diantara saudara mara,adik beradik,pakcik makcik,kawan-kawan,musuh-musuh dan bloger-bloger (ada ke?) yang bekerja di sektor awam. Sebelum apa-apa saya nak ucapkan tahniah la kat korang semua sebab dah dapat naik gaji. Bukan sikit kenaikan gaji diorang semua, paling rendah lebih kurang RM200 jugak la kenaikan. Boleh la belanja saya makan nanti ea?hehe. Lepas ni harapnya meningkat jugak la hasil kerja kakitangan awam. Takde la segala-galanya lambat.(Bagi saya servis kakitangan awam ok je). Sistem baru ni jugak memerlukan kakitangan awam memilih untuk bersara umur 60 tahun. Boleh ke lagi agaknya engineer,juruteknik atau yang kerja luar yang berat-berat tu bertahan buat kerja sampai umur 60?  Rasa saya kene pakai tongkat la kot pegi SITE. hehe.

Dengan adanya sistem SBPA ni, secara automatik sistem lama telah dihapuskan. Jika sebelum ni mereka yang memilih untuk bersara pada umur 58 tahun, terpaksa menunggu sehingga 60 tahun untuk bersara tetapi masih boleh berpencen 58 tahun dan ada kiraan untuk bayaran pencen. Kerajaan bukan lah kejam sangat rasanya. So pada yang tak nak pilih SBPA disarankan bersara awal. So elok la pilih je 60 tahun ni,kalau dah tak larat sangat boleh la resign awal sikit. Pencen pun boleh dapat lagi. Takde masalah sangat tentang pencen. Cuma ada masalah lain yang akan timbul bila memilih SBPA ni. Agak menakutkan jugak la.

Sistem SBPA memperkenalkan gred gaji baru, cara kenaikan pangkat baru dan kenaikan gaji tahunan baru. Apa yang saya faham tentang SBPA ni, ada kebanyakan gred jawatan telah dijumudkan. Sebagai contoh pemandu dinaikan gred dan boleh membuat kerja-kerja pejabat. Selain tu, untuk kenaikan gaji tahunan kalau dahulunya gaji akan naik seperti biasa setiap tahun selagi kita tidak dikenakan apa-apa tindakan tatatertib tetapi sistem SBPA sekarang BOS yang memutuskan untuk kenaikan gaji tahunan pegawai yang dinilai. Contohnya Sekiranya markah penilaian tahunan penjawat awam tidak melepasi 75%, mereka tidak dapat kenaikan gaji tahunan tetapi mereka boleh membuat rayuan untuk dinilai semula oleh pihak kementerian. Sekiranya markah masih lagi di bawah 75%, mereka boleh merujuk JPA untuk membuat penilaian terakhir dan jika masih menerima keputusan yang sama mereka boleh diberhentikan kerja. Sekarang ni takde dah istilah kerja kerajaan secure dan susah untuk dibuang.hehe. Bagi bos pulak, mereka juga tak terlepas dari hukuman yang sama sekiranya mereka tidak mendapat outcome yang ditetapkan oleh sesebuah kementerian. So bos kena la baik-baik dengan anak buah buat kerja lebih untuk capai target kan?hehe.
 

Kalau dah markah tahunan diberi oleh bos untuk kenaikan gaji dan kenaikan pangkat apa yang akan jadi? sistem membodek,mengipas,mengampu dan seangkatan dengannya kembali lagi. Sistem sebelum ni semua perlu menghadiri kursus dan peperiksaan untuk kenaikan pangkat tetapi sekarang hanya perlu mengipas dan membodek je la. Lepas ni makin banyak la acara berlari dalam office,acara mengangkat beg bos ramai-ramai,mengambil air minuman bos,membeli makanan bos dan menyuap makanan ke mulut bos (melampau dah tu,bini bos marah nanti). SBPA mungkin akan disukai oleh para-para pembodek terhebat di sesetengah pejabat tetapi menjadi kesukaran kepada pekerja-pekerja yang jujur dan lurus buat kerja (ada lagi ke macam tu punya pekerja??). Kalau korang yang lurus tu terus meluruskan diri bila kerja,nampak gayanya sampai pencen la korang duduk kat level yang sama. Kepada kaki-kaki bodek tu cepat la naik pangkat.haha.

p/s: kalau korang kerja bagus tapi dibenci bos memang susah la.kesimpulannya jangan jadi pengampu tapi jadi pekerja yang disayangi bos.

2 comments:

  1. lepas ni sistem kerajaan pun jadi cepat ler prosesnya .... kalau lembab gak leh ler kita ngadu kat bos dia .... hihihii

    ReplyDelete
  2. hahah cantik gak tu..baru la dier xdpt nek gaji xpn kene buang keje...wakakaka

    ReplyDelete