Sunday 27 November 2011

Apa Itu Google AdSense

     Apa khabar semua. Harap-harap sihat la nak nya. Lame pulak rasanya tak update artikel kat blog nih. Maklumla kerja makan gaji. Tak buat kerja kang kena buang kerja pulak. Ni yang nak test market BerBlogging. Mana la tau boleh buat "FULL TIME" blogging.hehe. Ok la sebelum saya melalut dan ke laut lebih jauh baik saya teruskan niat suci murni menerangkan tentang" Buat Duit Dengan Adsense". Mungkin ramai yang dah tahu buat duit dengan AdSense. Tak kisah la semua tu. Anggap je la refresh balik pasal AdSense ni. Bagi yang baru nak kenal AdSense ni boleh la baca artikel ni. 

Apa itu GOOGLE ADSENSE?

     Secara dasar nya Google AdSense adalah sejenis iklan yang disediakan oleh pihak Google yang berkongsi pendapatan dengan Webmaster atau pemilik laman web yang letak iklan di laman mereka. Google akan membayar setiap klik (PAY PER CLICK) yang membawa trafik  Dalam erti kata yang mudah, pihak Google akan bayar kepada anda apabila pengguna klik mana-mana iklan yang terus ke laman web pengiklan.

     Ianya mudah. Anda akan mendapat bayaran dari Google apabila pengguna klik iklan yang anda letak di laman anda. Makin banyak klik dari pengguna makin banyak la pendapatan anda.mudah kan?heheh. Saya ingin menasihatkan anda agar JANGAN sesekali klik iklan sendiri. Anda akan di Banned.

     AdSense disediakan agar senang dibaca, ia terdapat dalam 2 bentuk. Yang pertam bentuk teks dan kedua bentuk bergambar. Saya pasti anda pernah melihat atau pun meng'KLIK' iklan secara sedar atau pun tidak sedar dan dalam masa yang sama pemilik laman tersebut telah mendapat duit.hehe. Pihak AdSense akan review blog anda dan akan mempamerkan iklan-iklan yang berkaitan dengan blog atau artikel yang anda tulis. Setiap iklan mempunyai harga Pay Per Click yang berbeza bergantung kepada keywords. Dalam tutorial yang akan datang saya akan tunjukkan cara mengenalpasti harga keywords.

BERAPA BANYAK ANDA AKAN DIBAYAR?

     Seperti yang telah saya ceritakan di atas, harga setiap ikaln berbeaza-beza. Secara ringkasnya anda akan di bayar dari serendah $0.10 hingga $50.00.Dalm USD tau.bukan RM. Bayangkan $50 satu klik.kalau 10 klik 1 hari berapa pendapatan anda?Masyuk kan?hehe. Keyword untuk berjaya " LAGI BANYAK KLIK,LAGI TEBAL POKET ".

CARA GOOGLE MEMBAYAR ANDA

     Ok ni untuk yang dah dapat klik dari pengguna. Anda boleh melihat statistik AdSense melalui akaun AdSense anda. Pihak google akan membuat pembayaran apabila jumlah duit dalan akuan AdSense anda mencecah $100 dan ke atas. Anda boleh mengumpul wang sehingga jumlah yang anda rasa sesuai untuk dibayar dengan syarat MELEBIHI $100. Pasti anda risau akan kehilangan wang yang terkumpulkan? Baiklah,selagi anda jujur dengan pihak AdSense,anda tak akan kehilangan duit anda. Duit akan hilang sekiranya akaun AdSense anda telah di Banned. Saya pn pernah dibanned jugak tapi bukan sebab klik sendiri tau.Ada kesilapan teknikal di bahagian Adsense. Semua tu dijadikan pengalaman.

Antara syarat-syarat AdSense adalah:
  1. Jangan klik iklan sendiri
  2. Jangan ubah kod AdSense
  3. Jangan suruh orang klik iklan kita
  4. Jangan letak ads di laman yang mengan dungi bahan lucah,perkauman,perjudian dan banyak lagi
  5. Segera membalas kembali email pihak Google sekiranya mereka mendapati ada keraguan pada akaun AdSense anda
  6. jangan guna software auto untuk klik iklan
  7. Jangan campur Adsense dengan pengiklan lain.
     Anda juga boleh merujuk Google AdSense untuk syarat-syarat yang lain. Saya akan masukkan artikel-artikel berkaitan AdSense sebagai panduan kita bersama.Jumpa lagi ye..hehe

1 comment: