Friday 9 December 2011

Kemalangan Kereta Paling Mahal di Jepun

     Assalamualaikum dan salam sejahtera semua kawan-kawan. Hari ni mood tak berapa stabil tapi masih mencuba buat artikel dan menambahkan kemahiran saya menulis blog. Kate pepatah Usaha Tangga Kejayaan kan? Haha cukup la kot melalut sorang-sorang intro artikel ni. Jom ke topik yang asal iaitu Kemalangan Kereta Paling Mahal Di Jepun.

     Pada 4 Disember 2011 Jepun telah dikejutkan dengan kemalangan kereta yang paling mahal. Maksud mahal bukannya hanya sebuah kereta yang mahal kemalangan tetapi melibatkan 14 buah kenderaan di Lebuhraya Chugoku ( bukan Goku Dragon ball ok?). Kereta apa yang terlibat? Hah ni yang tak sampai hati nak tulis nih. 8 buah Ferrari (termasuk Ferrari kegemaran saya F430 Scuderia) ,sebuah  Lamborghini, sebuah Toyota prius dan 3 buah Mercedes - Benz. Mewahnya kemalangan kat Jepun ni. So jumlah keseluruhan kemalangan ni bernilai RM12.4 juta.




     Menurut apa yang saya baca di internet, konvoi kereta Ferrari ni sebanyak 20 buah. Kiranya memang tengah seronok habis la ni rasanya kot. Kalau konvoi kereta kat Malaysia ni Habis laju pun 80-110 km/jam tapi konvoi ferrari ni mencecah 140-160km/jam di kawasan had laju 80km/jam. Hehe tula bezanya kereta mewah berkonvoi dengan kereta biasa berkonvoi. Dah beli kereta mahal-mahal dah semestinya akan speed sebab memandu kereta Ferrari akan berasa  puas bila kereta dipandu laju.  Kemalangan ni berpunca daripada ketua konvoi terbabas akibat memandu laju dalam keadaan jalan basah. Kereta dah hilang kawalan la tu. Akibatnya geng-geng dia yang belakang tak sempat mengelak dan terus sondol menyondol antara satu sama lain.Hehe. Kalau diorang je terlibat consider ok la tapi Lamborghini dengan Mercedes Benz pn terbabit sekali. Paling sedih Toyota Prius pun kena skali.

 
kesian

     Tengok gambar-gambar kemalangan ni nampak teruk tapi takde kematian langsung. Ni la akibatnya seronok sangat bila dah memandu ramai-ramai. Masing-masing nak menunjuk power pastu dah jadi kemalangan. Lepas ni teruk la Engineer Ferrari nak siasat sama ada kemalangan berpunca dari pemandu atau pun kesilapan teknikal pada kereta. Apa yang saya tahu,kereta-kereta mewah yang terlibat dalam kemalangan yang teruk, pihak pengeluar kereta akan menghantar Pakar-Pakar mereka menyiasat pada kereta tu. Macam yag terjadi pada pakcik saya,kereta Merc pakcik saya terbalik kat highway, engineer Merc datang study kereta tu macam mana boleh terbalik. Jangan tanya saya dari mana pulak datang engineer tu saya pun kurang pasti. Saya cerita apa yang pakcik saya cerita kat saya je. Hehe.

     Peringatan kepada kawan-kawan semua, walau semahal mana kereta,walau semahal mana tayar,walau sehebat mana sistem kereta tapi dengan hanya air hujan boleh membuang semua ego kereta-kereta mewah ni semua. Jadi mana yang anda pilih? kenderaan mewah atau pun pemanduan yang berhemah?hehe

 
Yeah Saman Dia

     P/s: Naik je kereta lembu.takla accident juta-juta habis

2 comments: