Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Monday, 5 December 2011

Buaya Yang Teraniaya

     Geram,kesian,sedih dan macam-macam perasaan ada bila dengar ade member-member saya cakap kasut atau sandal jenama Crocs bahaya bila dipakai. Boleh tersepit kat esklator shopping mall. Mesti ke ada topik macam ni bila nak melepak? Maksud saya topik yang disembang tetapi salah faktanya sama sekali. Kena la study dulu perkara sebenar baru la nak komen atau boikot. Ish nak marah dah tua, kalau dibiar nanti menjadi-jadi.
     Saya menulis artikel ni bukan la disebabkan saya ni ‘Die Hard Fan’ atau ‘Kipas Susah Nak Mati’ jenama Crocs ni. Saya juga tak pernah menggunakan jenama Crocs ni. Tapi rasa macam tak puas hati bila ada orang cakap macam tu. Kalau diikutkan cakap-cakap diorang yang tahu nak menghentam ni rasanya habis semua pengguna jenama Crocs ni kaki putus kan? Apa tak nya ayat diorang tu ” Taknak la pakai Crocs,nanti tersepit kat esklator”.  Macam mana nak cakap tu? Kena kenal pasti punca dulu baru nak cakap. Cuba la korang fikir secara positif, Crocs dibuat dari getah lembut dan ada selipar lain metarial mungkin sama dengan Crocs. Apa kata korang test dulu.
     Yang menambah sedap cerita ada la mahkluk-mahkluk yang membuat ujian di Esklator menggunakan Sandal Crocs sahaja sedangkan sandal lain tak ada pula korang buat ujian. Tak pelik ke korang rasa? Test la skali selipar Tat Seng tu.hehe
     So korang fikir-fikirkan lah kebenaran tentang bahaya selipar Crocs ni. Selagi kita ikut peraturan semua bahaya dapat dielakkan. Pijak lah dibelakang garisan kuning.

Thursday, 1 December 2011

Perbezaan Handphone Ap Dengan Original

    Ramai dikalangan kita agak keliru dengan Handphone AP Set dengan Original Set. Ramai pulak yang tak tau tapi tak nak ambil tahu. Hari ni saya nak berkongsi sedikit pengetahuan dengan anda semua mengenai AP set dengan Original set.

     AP set (Authorized Product) adalah Handphone yang sama kualitinya dengan yang original. Ia hanya diedarkan oleh pengedar yang tidak diiktiraf oleh pengeluar-pengeluar handphone seperti Sony Ericsson,Nokia,Samsung dan sebagainya.

Tuesday, 29 November 2011

LRT Putra @ Rapidkl Sistem Baru

      Hari ni saya balik kampung kejap.ambik kereta. So terpaksa la balik naik bas kat Puduraya. Nak ke Puduraya kene naik LRT Putra dulu ke Masjid Jamek. Jalan kaki tu nak ke Stesen LRT Putra.

      Selalunya sampai-sampai kat Putra LRT saya meluru je la kat kaunter nak beli tiket,tapi harini abang kaunter LRT Putra cakap rapidkl tak pakai dah tiket. Kene beli token kat mesin. Pulak dah,lain macam plak pakai-pakai token ni. Dengan terhegeh-hegeh sambil garu kepala,saya pun ke mesin nak beli token. Nasib baik ada sorang pegawai guide saya nak beli token tu. Kalau tak memang panjang la barisan beratur tunggu saya beli tiket kan.haha

Sunday, 27 November 2011

Perfume Anda Ori Ke Tidak?

     Hai.Apa nak merepek hari ni ye? Tengah-tengah mencari idea nak membebel dalam blog ni,terpandang perfume. Pernah tak korang terpikir "perfume" korang tu ORI ke Tak Ori. Ataupun pernah terpikir tapi tak tau macam mana nak test perfume korang tu? Hah kali ini kita sama-sama belajar macam mana nak tau ketulenan sesuatu perfume.

     Saya ni nak kata tau semua sangat tu tak la jugak. Tapi kalau perfume ni kire macam addict jugak la. Suke beli perfume.