Berita baik buat penggemar DSLR jenama Nikon. Nikon Coporation telah mengumumkan pelancaran High- End speedlight SB-910. Apa yang best speedlight ni ye? Ok saya akan cerita sikit tentang speedlight SB-910 ni.
Speedlight SB-910 ni adalah penambahbbaikan dari speedlight mereka yang sebelum ini iaitu Speedlight SB-900 atau dikenali dikalangan photographer SB Nine. Antara penambahbaikan yang dilakukan adalah operasi yang lebih lancar, pencahayaan yang lebih tepat dan "adoption of hard color filters". Speedlight SB-910 menyokong sepenuhnya kehendak Photographer dari golongan amatur hingga ke profesional yang yang memerlukan pencahayaan yang baik dan kreatif.